Tip untuk pelajar Kamsis di poli Dan mana2 pelajar IPTA,IPT terutama budak poli kk



Assalamualaikum,
hahahahaha, lama pulak sudah tidak berblogging ni.
jadi entri kali ni sesuai utk sapa2 yang tinggal kat kamsis. Owh ya, bagi yang tak tahu apa itu kamsis, kamsis tu mcm asrama juga lah. jelas dong!

Tip ini memang diwarisi dari bakat nenek saya walaupun nenek saya tidak masuk U. hahaha (ketawa terhegeh hegeh)
Mmg bnyk kelebihanlah jika menggunakan tip ini..rugi tau tak cuba.

sebelum itu, mari mengenali apa itu MEE SEGERA

Mi segera merupakan mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” dalam kalangan orang bujang a.k.a mahasiswa mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.

wait! saya bukan mahu bercerita ttg keburukan mee segera ni. Teda masa mahu bercerita ttg keburukan kelebihan itu semua..hahahaha..
sebenarnya, saja mahu share tip ttg macam mana mahu masak maggi tanpa menggunakan dapur gas, maksud disini adalah masak air guna air panas yang bersuhu 100.celcius

Jadi guy, mula mula...... kena baca bismillah, wajib! baca doa ikut agama masing2..gitu dong

second, kena siap sedia semua barang
tadaaaa..inilah barangnya...


ini dia barangnya..
no 1 tu sapa tak tahu, ndak lah sa tahu lagi..ahhahah. Itu maggi kari, paling fames dikalangan mahasiswa. Tipu kalau tak pernah mkn, sedangkan belakang parang diasah pastikan tajam, apalagi kita yang suka mkn maggi ni. Nak cari, pergi ke kedailah, p jgn terhegeh hegeh pergi restoran  5 bintang, hotel kah, workshop kah gara2 mahu cari maggi. JNGN malukan mahasiswa.hahaha.
No 2 tu, kalau kamu budak poli KK, belilah di gerai, seringgit jak pun. ada 4 gerai tambah 1 cafe, pandai2 lah membuat pilihan bijak ketika beli lauk, Jenis lauk ikut selera lah, lagi satu, beli seringgit jak, lau ndak cukup beli sepoloh hengget.hahahahahahahaha
No 3 tu mangkuk yang bersaiz besar, jngn guna mangkuk terlampau kecil, saya sumbat dlm mulut kamu nanti..ahhahaha.. lau mahu beli yang murah, pergilah HOME n DAISO kat 1B

No 4 tu gunting, mesti kamu tertanya2..perlu guna juga kah gunting..amat perlu supaya bila kita buka maggi tu, nampak kemas sikit, biar professional dong!
No 5 tu water heater, cari sendiri di kedai elektronik di Karamunsing. tapi ingatlah, belilah buatan malaysia.

so, mula mula ambil gunting tadi dan guntingkan bahagian atas maggi tersebut dengan kemas dan rapi. ngerti?



lepas tu, nganga kan bungkusan maggi dan masukkan air panas yang dimasak serta merta, jangan bertindak bodoh guna air sejuk k. pastikan bungkusan maggi tu tidak bocor!


lepas tu, masukkan perencah maggi, jangan letak kicap, sos cili, sos tiram kah, sebab kita mahu jaga keaslian rasa maggi kari tuh.




lepas tu lipatkan bahagian atas yang digunting dengan kemas tadi :) biarkan selama seminit lebiyh..lebih afdal 2 minit lah.



lepas tu, dengan perlahan lahan keluarkan isi maggi itu. Jangn menjerit saat mengeluarkan nya yewr.
mana tahu kamu urg first time buat gini terus excited.




lepas tu, masukkan sayur or lauk tadi ke dalam maggi tersebut dengan penuh rasa kasih sayang :)



jadi, tada..siaplah maggi kita yang penuh berkhasiat ini..
selamat menjamu selera, boleyh lah ajak kawan sebilik or jiran bilik anda, muafakat membawa berkat :)


Jangan gembira sangat! bungkusan maggi tadi mestilah dibuang terus ke dlm tong sampah. Bukti anda mahasiswa yang hebat, mantap dong.



saya bukan nya ape, kelebihan masak maggi cara begini lebih bagus lagi sebab haba dalam bungkusan tu lebih hot lagi. Jadi kamu punya maggi tidaklah terlampau kembang n terlampau masih ada keras.. dia punya tekstur maggi tu pejal, mcm dimasak menggunakan dapur gas. Cubalah, jangn tak percaya, nanti hari2 mkn maggi kembang. lagipun masak begini rasanya lebiyh sedap..

ok, kalau ada apa2 masalh, silalah berurusan dengn badan pewakilan kamsis dan pelajar..hahahaahha
sebarang pertanyaan silalah hubungi HEP.
































 
Template Edited by Android Berlampu| All Rights Reserved And Protected |